Ibu......
Lautan kasih dan sayangku terlalu indah dan mulia untukmu, sebagaimana aku dilahirkan ke dunia ini. Dibelai dan dimanja dengan penuh kasih sayang melebihi dari segala, apa yang aku minta akan kau kotakan walau pun agak berat namun dikau berusaha memenuhi segala kemahuanku. Sayang, kasih, cinta dan harapan kau tabur padaku kerana aku dianggap anak yang boleh berjasa suatu hari nanti. Malah boleh membantu keluarga dengan segala harapan seluas lautan, begitu tinggi harapanmu padaku. Tanpa jemu dikau memujiku sepanjang kehidupan semasa kecilku katamu akulah anak yang terbaik dalam keluargamu.
Semaian dalam dakapan jiwa dan nalurimu bahawa akulah anakmu yang akan memberi sebuah pengharapan yang menggunung untuk kau suatu hari nanti. Penat dan lelah tidak pernah kau fikirkan demi untuk membesarkan dan memberi pendidikan kepadaku. Dikau tahu aku merupakan anak yang bijak semasa kecilku dan dialam persekolahan aku sering mendapat pujian dari guru-guru dan orang-orang kampung kerana aku menunjukkan tingkah laku yang baik dan dedikasi disusuli dengan sikap baik dan mudah dengan sesiapa saja. Malah aku sering kali mendapat pujian sebagai anak yang boleh diharap suatu waktu nanti.
Namun, apa yang dikau rasa bukan kesenangan dan kegembiraan yang dikau kecapi malah penderitaan dari pengorbanan yang suci murni, mulanya aku rasakan dikau adalah ibuku yang paling istimewa di dunia ini, tapi aku mula berubah setelah aku memulakan kehidupan aku sendiri selepas perkahwinan. Aku mula diperkatakan oleh orang kampung bahawa aku mula tidak mengendahkan keluarga sendiri kerana jarang-jarang balik ke kampung tapi kalau balik pun bermalam di rumah isteri atau mertua. Keadaan ini memperlihatkan aku seperti seorang anak yang mula lupakan orang tuanya, sedangkan aku tidak pernah untuk berbuat demikian. Justeru itu, aku mula kurang senang dengan tanggapan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap aku. Apabila aku pulang ke kampung sering kali tidak akan mengendahkan sesiapa yang pernah memandang serong terhadap aku dan aku anggap melontarkan fitnah kepada aku.
Saudara yang budiman,
Dewasa ini, aku cuba untuk melenyapkan segala tohmahan yang dilemparkan, aku akan membersihkan arang yang terconteng ke muka selama ini. Tapi segalanya hampa malah................
No comments:
Post a Comment